Tuesday, June 9, 2009

Wahai Abang! Wahai Suami!

Bukankah lelaki yang bergelar abang sepatutnya melindungi dan menjaga kebajikan adik perempuannya?

Bukankan seorang lelaki yang bergelar suami sepatutnya melindungi dan menjaga  kebajikan isterinya?

Hati seorang adik perempuan terluka dengan sikap abang yang tidak mengambil kira. Tidak pernah mahu bertanya situasi yang dia tinggalkan untuk adiknya selesaikan...

Hati seorang isteri sungguh terguris dikala suami tak sudah-sudah berjanji tanpa mengotakan janji. Sudah berkali-kali perkara yang sama berulang. Hanya bertindak bila sudah terlewat, dan si isteri juga yang diminta untuk menyelesaikan. Tidak boleh dibawa berbincang, melenting bila dipersoalkan..... Wajarkah??
Ya Rabb...
Lewat malam yang selalu ku rentangkan
selaksa doa yang tak putus asa ku dendangkan
dengan perantara 99 nama-Mu yang lima kali bahkan lebih
terucap dari bibirku….
Rabb….
Berilah aku kesabaran yang lebih dari sekarang….
berilah aku qonaah, ridho, syukur akan nikmat
yang Kau pastikan untukku
Rabb…..
mungkin aku belum pantas Kau rengkuh
tapi Rabb…….
tak ada salahnya kan jika aku selalu mengharap
Rahman-Rahim-Mu………….

NOTA : Sajak dipetik dari salah satu site yang pernah saya kunjungi.....

No comments:

Post a Comment