Saturday, June 20, 2009

Sakit itu nikmat???

Saya akan cepat tersentuh bila membaca atau orang bercerita pasal kesakitan. Saya tersentuh membaca entri Pn Roza  dan jugak entri Ayu seorang pesakit cancer adik kepada Pn Roza. Kerana saya tahu bagaimana perasaan orang yang ditimpa penyakit. Lebih-lebih lagi bila penyakit itu diwartakan sebagai tiada ubat dari segi perubatan konvensional.

Untuk menulis pun kolam air mata bergenang! Saya pernah rasa putus asa kerana dah bermacam-macam cuba tapi masih belum jumpa penawarnya, tapi Allah maha penyayang. Didatangkan satu persatu petunjuk dikala saya begitu tertekan dan putus asa. Petunjuk dan hidayah datang dlm berbagai bentuk.

Di suatu hari dikala sakit menyapa saya sejurus saya baru pulang dari umrah dalam Jun 2008, saya amat sedih. Allah tidak makbulkan doa saya ketika disana. Saya sakit lagi. Kawan sepejabat cuba memberi kata semangat, 'tak per , Allah sayang sungguh kat you ni...' Saya membalas,' Dah boring dah dengar tu, saya dah tau tu semua...'

Itu yang keluar dari mulut saya dikala saya begitu terasa sayu, sedih dan putus harap. Saya mengambil pain killer dan terus ke surau kerana saya perlu berehat dalam 1 jam sebelum dapat memulakan kerja semula. Setelah lebih kurang 45 minit, sakit tidak reda. Saya perlu ambik tindakan seterusnya. Saya terpaksa ke klinik utk mengambil suntikan. Begitulah routine saya bila sakit datang. Tambah tertekan kerana saya dlm haidh. Setelah suntikan dan memberitahu suami, saya ke meja semula utk menutup komputer dan mengemas meja untuk pulang. 
Petunjuk pertama :

Saya sempat membaca email yang dihantar oleh sahabat saya... Emailnya mengandungi ini :

Pesana dari email...
Pesanan dari email...
Saya tersedar dari kealpaan saya, Astaghfirullah..siapa saya bersangka buruk dengan Allah. Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik utk saya dari kesembuhan yang saya pohon.Saya istighfar byk2.

Petunjuk Kedua :
Setelah suami menghantar saya pulang. Saya tidur dan tidur...Dipendekkan cerita, malam esoknya, hari sabtu mlm ahad. Saya masih dalam kesakitan dan perlu pertolongan pain killer. Saya menonton Cerekarama yg pada ketika itu menayangkan cerita mengenai isteri curang yg Allah timpakan penyakit. Saya tidak ingat tajuk cerita itu.

Dikala ditimpa penyakit itu, bapa saudaranya memberi nasihat. Dan kata-kata bapa saudara wanita itu menusuk saya dan memberi khabar yang sememangnya Allah sangat sayangkan saya. Diantara lain watak itu berkata tentang kesakitan itu penghapus dosa. Ada diantaranys dipetik dari hadis-hadis berikut :

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571). 

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641). 

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573). 

Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”. (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

 Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

 Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

 Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821). 

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Dikala itu saya merasa seolah-olah watak tersebut berbicara kepada saya. Saya menangis teresak-esak dan terus istighfar lagi...

Petunjuk Ke Tiga ;
Ahad malam pula, saya menonton rancangan ikhtibar dari tanah suci. Masih dalam kesakitan dan bertahan dengan pain killer. Rancangan kali itu berbicara tentang pasangan suami isteri yg sakit ketika menunaikan haji. Diakhir rancangan pesanannya :

1. Allah datangkan penyakit atau musibah sebagai penghapus dosa.

2. Sakit atau musibah itu pemberi pahala :
Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang ridho maka baginya keridhoan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).

3. Penyakit itu kifarah kepada dosa silam...
Saya sekali lagi terasa bahawa nasihat itu ditujukan kepada saya...Diwaktu itu saya betul-betul tenang dan redho dengan kesakitan yang Allah beri. Hati saya berkata, bukan senang utk mendapat pahala dan jaminan syurga Allah. Saya perlu bersabar dan bersyukur dgn anugerah Allah ini.

Saya bukan seorang yang kuat ibadat, jadi inilah caranya utk saya mengutip pahala. Tapi saya perlu sabar dan redho...

Saya tidak mengidap penyakit yang boleh dikatakan 'terminating disease'. Tapi sakitnya cukup mencabar...
Adakah sakit itu akan muncu kembali selepas ini?  Saya telah berusaha berubat, selebihnya urusan Allah. Jika sembuh Alhamdulilllah, jika tidak nanti saya perlu redho. Saya berdoa semuga Allah anugerahkan kesabaran yang tiada batas kepada saya.. September nanti saya tunggu dengan penuh pengharapan dan juga perlu bersedia utk kecewa. Tapi saya tahu Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat saya...saya perlu bersangka baik..

Ya Allah Ya Baari’ sembuhkanlah penyakitku ini dan anugerahkan kesihatan yg sempurna utkku dan suami. Ya Allah Ya Rahman Ya Wahab anugerah dan permudahkan aku dan suami utk mendapat zuriat yg sempurna yg dirahmati, diberkati dan dipelihara oleh MU. Ya Allah. Kau mudahkanlah yang sukar bagi kami Kau lenyapkan kedukaan hatiku dan sayu hatiku...

Dalam beberapa hadis Qudsi Allah Azza wa Jalla berfirman :Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keridhoan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meridhoi pahalamu melainkan surga”. (HR. Ibnu Majah no.1597, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam Shohih Ibnu Majah : I/266).   

2 comments:

  1. sekadar pengkongsian


    http://usahamba.blogspot.com/2009/04/musibah.html

    ReplyDelete
  2. thank you...

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us '0 which is not a hashcash value.

    ReplyDelete