Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan daku, yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, jantungku untuk berdegup, kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.
Entah mengapa jiwaku meronta. Aku kadang-kadang seorang isteri yang inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan. Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku. Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan. Janganlah kerana diri ini yang lemah abang anggap daku tidak punya perasaan. Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan. Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan isteri itu layak di hormati? Mengapakah tiada lagi yang menjadikan isteri itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar suami?
Bukan niatku sebagai iseri untuk di sanjung. Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa. Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah abang. Tapi aku ingin berada di samping abang supaya abang bisa memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada isteri sepertiku.
Ya benar. Isteri sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak. Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu. Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang isteri yang solehah. Tapi, aku ingin menjaga maruahku! Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh abang atau dia.
Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku. Mengapakah abang tidak memahami hati ini? Mengapakah abang tidak bisa membantu diri ini? Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan abang untuk mempergunakanku? Bagaimanakah agaknya bila ibu abang, kakak abang atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti abang??? Sanggupkah abang??
Ya benar. Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa. Bilamana di bandingkan antara suami, lelaki yang bernama suami tidak dapat mengatasi kekuatanku ini. Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar. Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain. Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku. Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar..
Tidak ada sesiapa pun isteri di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian. Aku, seorang isteri tetap menginginkan perhatian. Janganlah abang terkejut bila aku katakan bahawa setiap isteri menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak. Ingin disayangi, ingin dibelai, dimanjai, didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari. Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. Begitulah juga dengan isteri sepertimana diibaratkan isteri ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok. Maka suami lah yang bisa meluruskannya.
Itulah yang aku maksudkan. Bukanlah aku tidak mengizinkan abang untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin bisa menimbulkan luka dalam hati. Bila isteri sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam. Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung. Tapi dengan satu pujukan sahaja bisa mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. Betapa lembutnya hati seorang yang bernama isteri..
Justeru aku merayu, bantulah isterimu ini. Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini. Jiwaku ingin meronta. Aku tidak ada sesiapa melainkan abang. Abanglah pemimpin ku. Dan kepada abanglah aku bergantung. Bantulah diri ini. Pimpinlah aku ke arah keredhaan-Nya. Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa abang untuk membimbingku untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahanku. Sedarkan aku dari lena yang penuh dengan kelalaian. Jangan biarkan aku di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaanku atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan aku sebagai isteri ke jalan yang benar.
Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku.
Janganlah kalian mengharapkan wanita semulia Fatimah Az-Zahra, andai dirimu tidah sehebat Saidina Ali Karamullahuwajhah...
NOTA :
Petikan dari sebuah blog yang telah diubahsuai..walaupun ia satu petikan, tetap sedikit sebanyak menggambar isi hatiku sebagai seorang isteri….
Salam.
ReplyDeleteSemoga Allah senantiasa bersama akak, memelihara dan menguatkan diri akak.
Bersabar banyak ye kak. Doa. Doa. Doa dan doa yang tidak putus. Banyak doa dalam Quran yang boleh digunakan sebagai penawar untuk melembutkan hati suami.
Sebagai isteri, saya memahami perasaan akak dan doakan akak selalu walau saya tidak kenal akak.
Surah Toha, Qasas, Ibrahim terdapat ayat-ayat untuk suami isteri.
Ujian bagi mu'minah yang beriman.
Al Qasam,
ReplyDeleteSalam back to you and thanks dear..Sebagai isteri kita memang perlu banyak berdoa dan kurang berkata2, kerna kata2 kita kadang2 membuat byk hati terluka...walau pun berniat baik
...