Saturday, May 30, 2009

Allah Sayang Wanita..

Setiap wanita;
  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  • Kena terima hakikat yang Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 
  • Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
  • Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
  • Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  • Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).
  • Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
    mengangkat senjata.
 MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... .kan?

Monday, May 25, 2009

Nostalgia 'Kesakitan'...

Sedikit sebanyak, HSG procedure yang telah ku lalui tu mengembalikan nostalgia sakit yang telah 5 bulan ku tinggalkan. Adakah sakitku akan berakhir atau berkurangan setelah habis 6 bulan mengambil Zoladex ?

Hati tertanya-tanya, adakah Allah akan mudahkan urusan ku untuk mendapat zuriat dan menyembuhkan penyakitku? Pakar mengatakan sakit ku tiada ubat, melainkan kehamilan, buang rahim atau bertahan sehingga putus haid. Allah telah nyatakan, setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati...Cuma aku belum ketemu ubatnya...Hanya Allah yang mengetahui dan padaNya lah aku harus meminta dan sentiasa bersangka baik..... 

Ya Allah Kau yang Maha Agung, penuh dengan kasih sayang melimpah ruah dan pemberi perlindungan dan pertolongan. Kau berikan kesudahan yang baik utk aku dan suamiku. Pimpinlah kami dengan kalimah syahadahMu di saat akhir kami. Dakaplah kami dalam kelembutan rahmatMu dan Kau berikan yang terbaik bagi kami. Terimalah kami dalam keredhaanMu dan berikan kami maghfirahMU bagi setiap dosa-dosa dari perbuatan, tuturkata atau detik hati.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab, berikan aku kekuatan utk mengharungi kemelut hidupku dan ringankan bebanan deritaku dengan kifarah bagi setiap dosa-dosaku yang lampau.

Ya Allah Ya Baari’ sembuhkanlah penyakitku ini dan anugerahkan kesihatan yg sempurna utkku dan suami. Ya Allah Ya Rahman Ya Wahab anugerah dan permudahkan aku dan suami utk mendapat zuriat yg sempurna yg dirahmati, diberkati dan dipelihara oleh MU. Ya Allah. Kau mudahkanlah yang sukar bagi kami Kau lenyapkan kedukaan hatiku dan sayu hatiku.

Ya Allah, Ya Ghaffur, ampunkanlah dosa2 kami, berikan keimanan dan kesihatan yang sempurna, hati yang khusyu’ dan lidah yang sentiasa berzikir nama-Mu Ya Allah, rezeki yang melimpah, halal lagi suci.  Ya Allah, lapangkanlah dada kami, tenangkanlah kebimbanganku dan berikanlah kesabaran pada kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia ini, dan kemenangan dengan mendapat ni’mat syurga dan keselamatan dari api neraka, serta peliharalah kami dari azab siksa kubur dan neraka.

Amin Ya Rabbil Alamin.

The One with the HSG Nightmare !!!

On 11th May I have received my 5th Zoladex injection. As planned, prof had scheduled me for HSG x ray to check my tubes. The plan is, if my tubes are OK, no blockage or whatsoever, we might try IUI instead of the costly IVF. 

The appointment was set on Thursday 21st May 9am. So on that morning, we arrived at about 9.00am and went straight to the specialist registration counter.After finishing all registration matters I was asked to go to the radiology department for the procedure.

After arriving at the outpatient radiology department, I handed out the forms and was asked to wait in front of room 6. After about an hour of waiting, my name was called. I was asked a few questions and the doctor told me how the procedure will be conducted. Eish... ngeri jugak!!

Then I was asked to change  into a hospital gown and led to an x-ray machine positioned over an examination table. After being asked to empty my bladder, I was arranged on the edge of the table with my knees up. 'Angkat kaki macam org nak bersalin tu...' the nurse said. Hemmm....

The doctor then began doing her work down there!  The doctor placed a speculum in the vagina, then an instrument is placed on the cervix, it was screwed, I think!!! And then a narrow like tube thing was inserted through the cervical opening to the uterine cavity. When doing this procedure, the doctor actually had to try to place the instrument a few times before it was placed since I frooze up whenever she tried to push the instruments into my cervix. Oouch, it was painful and I was feeling uncomfortable.. really uncomfortable.


After all was set, I was asked to slide up until my abdomen was directly on top of the x ray machine. Then, the x ray began, the dye was injected by one of the practical student I guessed, while the doctor was controlling the x ray machine to get the picture, when I was asked to turn to my side, and the dye was being injected, suddenly the tube came out!!! Oh my, the procedure has not finished and the doctor said we have not reached to the tubes yet..and yet the tube had came out!!
I was asked to slide down again and propped my knees up again. The 'process' down there begin again!! Painful and extreeeeemly uncomfortable!!! Slide up again, the injecting this time done by the doctor herself and a radiographer was called in to assist the doctor. On her command, the x ray process begin again. When the dye was injected, it was quiet painful, like a period pain!! Suddenly the tube come out again!!!

Ya Allah, not again! At this point I was so stressed up....The doctor then called another more experienced doctor. Again the things to do down there begin again, this time the doctor was quite gentle and things were less painful! The x ray process begin again, and after just a few injected dye, the tube came out again.. Ya Allah.. only He knows what I felt at that time...

The doctors then asked me whether I would like to proceed or try another day. I said let us try once more. This time the tube came out before the x ray even begin.. So what is next? I asked the doctors to just write the report and then I would talk to my gynae on what to do next.. Being in pain down there and so stressed out, and I guessed it showed! The doctor then gave me MC.. 

When I came out of the x ray room, saw hubby walking towards me. I told him what happened, he was liked what? So long and yet nothing achieved!! I was in the x ray room for about 1.5 hours. The procedure should last only about 15-20 minutes...Macam operation lak pulak!!

After sending hubby to the office, I drove back home. Straight to the bedroom, changed my clothes and off to sleep....Really slept and woke up at about 3.30pm to perform Zohor prayer..

Ya Allah, what a day.... Allah maha mengetahui, mungkin ada hikmah disebaliknya!


Tuesday, May 19, 2009

Wahai Suami....

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan daku, yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut, jantungku untuk berdegup, kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.

Entah mengapa jiwaku meronta. Aku kadang-kadang seorang isteri yang inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan. Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku. Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan. Janganlah kerana diri ini yang lemah abang anggap daku tidak punya perasaan. Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan. Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan isteri itu layak di hormati? Mengapakah tiada lagi yang menjadikan isteri itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar suami?

Bukan niatku sebagai iseri untuk di sanjung. Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa. Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah abang. Tapi aku ingin berada di samping abang supaya abang bisa memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada isteri sepertiku.

Ya benar. Isteri sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak. Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu. Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang isteri yang solehah. Tapi, aku ingin menjaga maruahku! Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh abang atau dia.

Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku. Mengapakah abang tidak memahami hati ini? Mengapakah abang tidak bisa membantu diri ini? Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan abang untuk mempergunakanku? Bagaimanakah agaknya bila ibu abang, kakak abang atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti abang??? Sanggupkah abang??

Ya benar. Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa. Bilamana di bandingkan antara suami, lelaki yang bernama suami tidak dapat mengatasi kekuatanku ini. Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar. Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain. Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku. Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar..

Tidak ada sesiapa pun isteri di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian. Aku, seorang isteri tetap menginginkan perhatian. Janganlah abang terkejut bila aku katakan bahawa setiap isteri menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak. Ingin disayangi, ingin dibelai, dimanjai, didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari. Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. Begitulah juga dengan isteri sepertimana diibaratkan isteri ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok. Maka suami lah yang bisa meluruskannya.

Itulah yang aku maksudkan. Bukanlah aku tidak mengizinkan abang untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin bisa menimbulkan luka dalam hati. Bila isteri sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam. Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung. Tapi dengan satu pujukan sahaja bisa mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. Betapa lembutnya hati seorang yang bernama isteri..

Justeru aku merayu, bantulah isterimu ini. Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini. Jiwaku ingin meronta. Aku tidak ada sesiapa melainkan abang. Abanglah pemimpin ku. Dan kepada abanglah aku bergantung. Bantulah diri ini. Pimpinlah aku ke arah keredhaan-Nya. Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa abang untuk membimbingku untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahanku. Sedarkan aku dari lena yang penuh dengan kelalaian. Jangan biarkan aku di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaanku atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan aku sebagai isteri ke jalan yang benar.

Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku.

Janganlah kalian mengharapkan wanita semulia Fatimah Az-Zahra, andai dirimu tidah sehebat Saidina Ali Karamullahuwajhah...

NOTA :

Petikan dari sebuah blog yang telah diubahsuai..walaupun ia satu  petikan, tetap sedikit sebanyak menggambar isi hatiku sebagai seorang isteri….

Friday, May 15, 2009

The One with the Perfume - The Beautiful

beautiful2
Once upon a time in early 1990 there was this girl who was eyeing for the much spoken about perfume...BEAUTIFUL....The girlfriends were talking about how nice, sweet and romantic the smell is.The boyfriend was saying the he loves the smell.The girl wanted so much to own the perfume, but sadly, she couldn't afford one, even the boyfriend..

The girl then went to UK to further her studies in September 1990. Still carried her wishes to own the BEAUTIFUL.Everyday on the way to the university, she would walked by the shopping mall and will stopped by at the window display of George Henry Lee which was displaying the BEAUTIFUL. She will look at it and said to herself, ' One day when I have enough money I will buy U...'  then she proceed to her clases. Almost everyday she would do the same..

Then came December, she was very excited as she had enough money to buy it. She happily went to GHL and guess what? It was on promotion! She got the perfume, paid a little extra and get a lots of gifts. That was her first own branded perfume that cost her £20 ...

And she till keep it although there is nothing much left of the perfume...



[caption id="attachment_62" align="alignright" width="150" caption="Empty bottle of 'The Beautiful'..."]Empty bottle of 'The Beautiful'...[/caption]

From then on she developed a new hobby, perfume.. And she got quite collection of them.. She kept the miniatures as her 'perfume collection'...until I day she stopped...Why? Until my next posting on Perfume Collection...







Till next flashback....

Dengue Strike...

My sister M was discharged on Wednesday 13th May after 7 days of hospitalization. Asyik nak tumpah airmata dia dok teringat ker baby Aqeela who was 'posted'  to Seremban since tak der orang nak jaga. So in the evening she went to Seremban to see Aqeela and sort of to spend the rest of her medical leave at her sister in law's house.


Guess what? Yesterday evening, her husband pulak warded at hospital pakar Seremban, dengue again with platlet at 57. Musibah kalau nak datang sekejap ajer, I told my sister.But she should be thankful that her husband was down with dengue after she had recovered. Just imagine if her husband were to be taken down by dengue while she was still in hospital!!


Another thing, I told her that bukan senang nak dapat pahala ni..sakit or any musibah is actually anugerah dari Allah, pelaburan kita kat dunia untuk saham akhirat. It will make you stronger and nearer to HIM.Jika redho, pahala ganjaranya...InsyaAllah. So be strong sister! and sentiasa bersyukur..


Point to note, always look at positive side of whatever blessed upon us by the Creator. Dia yang lebih tahu..

Sunday, May 10, 2009

Serba Salah..

1 week before comming to Langkawi, my sister R made arrangement to come to Langkawi to join me. On Thursday, my other sister M warded due to fever and had to undergo further check up to determine the cause.


Sister M's hubby left their 2 daughters at sister R's house that nite. When sister R's husband and Pak Cik visited sister M that nite she was ok , and hence on Friday (8May) morning my sister R proceeded with her plan to join me in Langkawi. Her flight was at 11.00am. At about 10.30am, my sister M called to inform that she had dengue.I received a call from Pak Cik informing that sister M was warded with dengue.


I then called sister M, she was crying saying that Mak did not come straight to KL from Triang.Mak was in Triang after visiting her cousin whose wife passed a way on Tuesday the 6th May. I then called Mak, she was on her way back to KB .She said she had to go back first then came back to KL that nite. I quickly called Hubby to buy flight ticket to KL that nite.


Hubby had managed to secure the Firefly ticket for Mak at 9.55pm. So I then informed sister M that Mak was comming and supposed to reach Subang at 11.oopm. I called Pak Cik to pick up Mak at Subang later on. Al was going well and seem settled.


At about 8pm, my other sister A, called and asked me to call my brother. She said that Mak was saying that she was not well and did not feel like going to KL. What ??? I was shocked...When I managed to talk to Mak, I had asked her to come since the ticket has been bought. I asked my brother to ask for assistance from the Firefly crew. So it looked like I kind of force Mak to come to KL.


When Hubby called, I told him what happened. He did not agree that I forced Mak to come.He said that she must have reason for not comming.He called Mak who was on her way to the airport. Hubby said it was ok, don't come if Mak was not feeling well.


So, my brother who was driving Mak to the airport, turn back and send Mak to clinic instead. Unfortunately the clinic that she wanted to go was closed. She refused to go to another clinic. My brother said that he was taking Mak to his house. I thought ok then,but I was worried sick that sister M would feel neglected by Mak.


So Mak did not come, and ticket burnt macam tu jer...I called Pak Cik and told him what happened.He said he will convey the message to sister M properly so that she will not feel that Mak did not care for her. Me? I was sooooo serabut!!! I did not call sister M that nite..


Saturday morning, I called my brother to ask how was Mak doing..Guess what? She had also refused to go to my brother's house. Come to think of it, kenapa semua ini terjadi? Kenapa susah sangat..Macam-macam berlaku. My sister R, rasa bersalah sebab tinggalkan sister M. Me? ada juga rasa bersalah sebab tak terus balik Jumaat tu walaupun kerja dah habis.


Conclusionnya, perasan serba salah dan macam-macam ada. Nak menangis pun ada, sebab kita sentiasa cuba jaga hati orang tapi orang kadang-kadang tak perasan pun yang kita terasa.I knew that Pak Cik and others mesti marah sebab tak balik segera, my opinion? beza satu hari jer..instead of balik Sabtu, balik Ahad..besok..Hari Jumaat memang tak logic nak terus balik since sister R baru sampai. Hubby pun suruh balik Ahad since kalau nak tukar flight kena bayar RM130.


Apa-apa pun kena terimalah semua orang akan mengata kami, seolah-olah kami tak prihatin..I hope that everything will be fine and pray to Allah that my sister M will have speedy recovery... Ameen.


Segala yang berlaku ada sebab dan musababnya... only Allah knows best..Orang tua bila terasa, panjang ceritanya..hemmm...

Bila Hati ini Merindu....

Still in Langkawi, dah dekat seminggu meninggalkan rumah dan hubby....

From Langkawi with Love...

Bila hati ini merindu, tertanya-tanya adakah yang dirindui turut sama merindu ? Merindui sesama manusia tiada jawapan yang pasti.. Tapi jika merindui Yang Maha Kuasa, yang pasti Dia juga merindui hambanya setiap waktu...     

bilahatimerindu4             

Thursday, May 7, 2009

Langkawi & Corelle

Wanita dan Corelle, jarang dapat dipisahkan.Lebih-lebih lagi bila ke Langkawi. I am in Langkawi since 5th May and will fly back to KL on 10th May.

Beli Corelle? Dah beli pun, to add to my collection! Cerita pasal Correlle ni, kita memang tak ada mengumpul pinggan ni sehinggalah member hadiah set conningware - hadiah kahwin. Jadi disitulah bermulanya kita membeli pinggan correle ni bila ke Langkawi. Baru start tahun lepas.Beli satu set square punya. So tadi tambah satu set lagi yang 20 pieces.

country-rose1
Country Rose - My collection
Bila kita start beli pinggan kaca ni, orang paling gembira adalah Mak. 'Ini baru pinggan mangkuk' kata mak. Percaya atau tidak sebelum ni kita memang tak der pinggan kaca kat rumah kecuali pinggan-pinggan hadiah percuma. Selama ni kita guna pinggan Melamine tupperware tu..Mak memang tak setuju dengan pilihan kita.Dia kata, mahal pun tetap plastic!

So kita ni dah join kumpulan Wanita & Corelle!!! Tapi InsyaAllah tidak berlebih dan buat hiasan, sebab bukan hobi kita kumpul koleksi pinggan mangkuk. Kat rumah pun memang tak der almari display pinggan mangkuk.

Satu lagi, mula tahun lepas baru kita tahu kat Langkawi juga orang membeli sudu stainless steel. Memang kita ni ketinggalan sikit pasal bab-bab shopping barang dapur ni, walau pun kita suka masak!!!

My sister will join me this Friday.Let see apa yang dia beli nanti! Dia ni suka beli pinggan mangkuk ni!!!