Friday, June 10, 2016

The One with The Sensitive Feeling

Wow... This blog has been in hibernation for almost 3 Years....

Disaat perasaan keciwa, terasa hati dan pilu.. Tak tahu nak mengadu kepada siapa, teringat blog ni.. Baik catatkan disini.. 

Ramadhan tahun ni disambut dengan airmata.. Tak tahulah kenapa, sensitif sungguh semenjak dua menjak ni...Tiada yang tahu diri ini kerap mengalir airmata sejak pertama Ramadhan. Tiada dugaan besar mana pun.. Dugaan perasaan, terasa hati ngan the other half. Rasa macam kami makin jauh. Mungkin jugak sebab umur dah meningkat, dengan ketiadaan zuriat, rasa cemburu, irihati dengan disebelah sana yang ada zuriat dan diberi lebih perhatian...

Segala-galanya lebih disebelah sana. Giliran yg miss tak berganti dari mula kahwin sampai sekarang. Perbelanjaan .... heeemmm lagilah. Tanggung sendiri. Hadiah, jarang menjelma, dan boleh dikatakan tidak ada kalau tak minta. Bunga.. belum pernah sejak kawin, Komunikasi.. huh.. susah sungguh nak bercerita, berborak selain dia bercerita pasal kerja..

Fist Ramadhan, sepatutnya dia balik sebab dah seminggu lebih dia tak balik, anaknya accident dan saya jugak outstation dan kemudian sambung bercuti ngan Mak dan adik2 ke Langkawi. Dia sambung cuti Isnin dan Selasa. Rabu baru kerja. Apa lagi nak jawab.. ok jerlah..Masa jawab ok tu dah tergenang dah airmata. Sedih... Malam menjelma masa solat Maghrib, rasa sayu hati ini. Mencurah airmata dalam dan selepas solat. Tak tahu apa dia rasa.. tak terpikir ker dah lama tak jumpa isteri yang satu ni, tak rindu ker...Sigh... 

Mak nak berbuka kat umah, so suggest hari Sabtu sebab dah lama hari Sabtu dia tak der kat rumah. Ada jer hal. Tahun ni memang banyak kali dah tak der kat umah hari Sabtu. Tapi katanya tak boleh, adik dia nak dtg umah dia nak daftar anak sedara masuk UIA... supp.. terasa pilunya. Ada ajer Allah nak bagi ujian. Kalau ikutkan hak, dalam Islam. Saya tahu diri ni ada hak untuk tetap mintak dia balik sebab hari itu adalah giliran saya.. Tapi sanggup ker?..

Semalam, tanya dia.. thru whassap.

"sepatutnya ganti kan... kena balik Puchong. Tapi ?????tahu abg tak kan ganti punya..." 15:03
"Tak perlah... biar Allah sajer yg mengadili...  ✌🏼peace no war...  selamat berbuka.." 15:05

Tiada jawapan.. So saya drivelah balik, hujan lebat. ribut melanda, dan waze membawa jalan ikut Jalan Pantai Permai. Lama jugak stucked kat situ dan hujan sangat lebat. Expecting him to at least call or whassap tanya khabar. Macamana balik? Ok ker?... no.. nothing. Nangis lagi sambil drive, takut sebenarnya, hujan sangat lebat. Tiba2 waze tukar route. follow jerlah, masa tu hujan dan reda. Route lalu kawasan construction.. lagilah takut.. kawasan tak der org pun. Kete tak byk lalu lalang. Dalam hari zikir Laila hailla anta Subha nakaiini... Tak putus-putus sambil drive... Pendekkan cerita Alhamdulillah selamat sampai rumah... Nothing from him jugak...

Selepas solat Asar, whasssap him

"Sepatah pun tak jwb.. hemmmmmm..." 18:43

Nothing from him till I texted him today  to ask whether he is coming home today..He is... Alhamdulillah.

Dugaan perasaan jer pun, tapi diri ini mudah mengalirkan airmata.. sebelum ni dugaan lagi berat.. Tapi mungkin jugak sebab byk kali dah terasa hati, bila lama2 berkumpul, sikit2 lama2 jadi bukit.. 

Lagi satu lately selalu sangat terkenang pasal zuriat. Hakikatnya diri ini dah redho dan menerima kenyataan yang saya tidak akan ada zuriat sendiri dah.. ok jer. Tapi kebelakangan ini senang tersentuh pasal ni. Kekeciwaan tu hadir dalam hati ini, pilu sedih dan macam2 perasaan. Siapa yang tahu? Tiada,....meratapi nasib sendiri, menangis sendiri. hanya Aku dan Allah yang mengetahui perasaan ini..

Menaip sambil menangis... tertanya2 awatlah aku sensitif sangat ni... 


Lebih sedih bila dapat tahu, bukan ada halangan apa2 pun dari pihak sebelah sana untuk dia ganti balik Puchong sampai Sabtu, Sebelah sana expect pun dia tak balik Sentul sebab dah lama tak balik Puchong. Tapi dia yang pilih untuk tidak ganti. Sebelum ni tidak ganti sebab tak nak sebelah sana mengamuk katanya. Tapi bila dari segi luarannya sebelah sana macam ok jer.. Kenapa tak nak balik...??

Macamana saya dapat tahu... Sometimes Allah bagi ruang untuk kita tahu apa yang perlu kita tahu kot. Dah lama saya tak ambil tahu pasal apa-apa pun. Tak curi-curi belek handhone dia pun, Lagipun handphone ada password. Tup..tup, tetiba terbentang depan mata untuk saya baca semuanya Bagaimana? Biarlah rahsia....

Volkswagen Polo Hacthback or Honda Jazz for a second car? Hemmm ..seriously? 

Sigh..... Biarlah saya simpan segala rasa sedih, pilu dan tak puas hati ni.... Cukuplah menaip diblog ini meluahkan rasa hati... Muga Allah bagi ganjaran sepatutnya pada dia dan saya...

Maafkanlah isterimu ini kerana meluahkan disini... Tak ramai yang tahu siapa disebalik blog ini..

Dalam setiap doa sejak mergerjakan haji sampai sekarang  tak putus2 doa supaya Allah bagi Nur dan Hidayah pada Abg. Agar kepimpinan dan tindakan abang sebagai suami mengikut landasan ke arah jalan yang diredhoi  dan dirahmati Allah.

Teringin sangat...;

Dikala keheningan larut malam
Abang kejutkan utk kita sama2 bertahajud
Tak selalu, sekali sebulan pun sudah memadai
Agar runahtangga kita dalam redho Allah sentiasa

Dikala selesai kita solat berjemaah,
Abang perdengarkan tazkirah utk isteri abang ni
Abang perbetulkan solat isteri abang ni
Abang perbetulkan bacaan Al Quran isteri abang ni
Tak selalu. sekali seminggu pun sudah memadai
Agar abang menjadi suami yang soleh dan mempunyai isteri yang solehah

Dikala memerlukan membeli barang-barang keperluan rumah
Abang sama-sama sambil menolak troli
Abang sama-sama menunggah barang
Abang sama-sama cek senarai barang-barang yang kita perlu beli
Tak selalu, sekali sebulan pun sudah memadai
Agar kita suami isteri dapat berusaha melengkapi rumahtangga kita

Dikala hari raya menjelang tiba
Abang peruntukkan atau hadiahkan isteri abang ini membeli baju raya
Tak banyak, sepasang pun sudah memadai
Agar dihari raya isteri abang bangga memakai baju pemberian abang
Agar dihari raya isteri abang merasa abang ada bersama walaupun hakikatnya hanya sehelai pakaian

Dikala menyediakan juadah untuk kita berdua
Abang sama-sama membantu didapur
Tak selalu, sekali sekala sudah memadai
Agar ikatan mesra kita bertambah kukuh dan rumahtangga kita kekal dalam rahmat Allah




Muga Allah perkenankan keinginan ini, agar dapat merasa sebelum diri ini menutup mata.. InsyaAlah.....




No comments:

Post a Comment