Thursday, July 30, 2009

Airmata di pagi hari

Selepas solat Subuh dan bersalaman dan mencium tangan Hubby, airmata tergenang. Hubby yang perasan wajah isterinya mendung bertanya kenapa.Bila Hubby tanya lagi rasa terharu, so menitislah airmata. Kenapa?

Last nite I can feel the familiar pain again...Tapi last nite, tak mahu ganggu Hubby so just keep quite sampai tertidur. I need to be prepared to accept any fate yang akan di anugerahkan oleh Allah. Nak kena redho, kerana Dia maha mengetahui apa yg terbaik.

Nak kena pujuk hati ini...
Tika ini,  
 langkah terasa payah,  
nafas terasa lelah,  
hati teramat gelisah,  
menghadapi ujian yang Maha Esa..

Kalbuku,  
yakinlah pada janji ar-Rahim,  
kau tak pernah sendiri,  
tidak mungkin jua terasa sunyi,  
mustahil jua tandus tanpa cinta, 
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu... 

Nuraniku,  
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,  
teguhlah kau terus berdiri,  
kerna kau pasti mampu hadapinya,  
itu janji Tuhan yang Esa...

Penawar,  
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,  
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,  
berimanlah ini terbaik untukmu,  
segala tersurat sudah,  
kerana Dia Khalidmu,  
Maha mengetahui segala sesuatu,  
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....

2 comments:

  1. bismillah,

    Assalamualeykum wr wb,

    am sorry to hear about your sickness dear sister.

    Sister,try to contact this person(no telefon kat bawah)..maybe he can do doa for u..because dia biasa berubat orang yang sakit jenis ini.That is..sihir dia tak berubat tapi berubat penyakit badan manusia.Dia tak sentuh atau pegang..hanya baca sesuatu dan melukis atas kertas.Dari jauh pun dia boleh doakan.InshaAllah.

    016-4946828
    name: Syed abdullah

    InshaAllah..Allah Maha mendengar doa hamba-Nya.Pasti akan ada kesembuhan bagi sister.

    dengan doa,
    servant

    ReplyDelete
  2. Salam Servant of Allah,

    Thank you..will try to contact the person.

    ReplyDelete