Thursday, July 30, 2009

Airmata di pagi hari

Selepas solat Subuh dan bersalaman dan mencium tangan Hubby, airmata tergenang. Hubby yang perasan wajah isterinya mendung bertanya kenapa.Bila Hubby tanya lagi rasa terharu, so menitislah airmata. Kenapa?

Last nite I can feel the familiar pain again...Tapi last nite, tak mahu ganggu Hubby so just keep quite sampai tertidur. I need to be prepared to accept any fate yang akan di anugerahkan oleh Allah. Nak kena redho, kerana Dia maha mengetahui apa yg terbaik.

Nak kena pujuk hati ini...
Tika ini,  
 langkah terasa payah,  
nafas terasa lelah,  
hati teramat gelisah,  
menghadapi ujian yang Maha Esa..

Kalbuku,  
yakinlah pada janji ar-Rahim,  
kau tak pernah sendiri,  
tidak mungkin jua terasa sunyi,  
mustahil jua tandus tanpa cinta, 
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu... 

Nuraniku,  
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,  
teguhlah kau terus berdiri,  
kerna kau pasti mampu hadapinya,  
itu janji Tuhan yang Esa...

Penawar,  
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,  
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,  
berimanlah ini terbaik untukmu,  
segala tersurat sudah,  
kerana Dia Khalidmu,  
Maha mengetahui segala sesuatu,  
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....

Saturday, July 18, 2009

Sakit lagi ker???

These past few days, terasa berada dalam ngeri dan takut..Terasa ada kesakitan bawah perut.Rasa macam rahim membengkak.. Hati tertanya-tanya, am I going to be in pain again?

Last month was my last Zoladex injection, within 2 months I should have my period, then I will know for sure whether the treatment is succesfull or not. The problem is, I have started to feel the pain and bloated stomach..takutnya!!!

Ya Allah tolonglah hamba mu ini..Please, please let me be cured for me to have children...let me be cured to serve my husband, let me be cured to feel the joy of  motherhood...

Risalah utk Pesakit
Wahai pesakit yang mengadu kesakitan.Wahai pesakit yang sedang diuji dan diduga! Wahai pesakit yang kehilangan nikmat kesihatan! Sesungguhnya penyakit yang anda alami sebenarnya tidak menghilangkan kelazatan nikmat illahi, bahkan sebaliknya. Sesuatu nikmat yang diperolehi secara berterusan sebenarnya tidak akan memberi kesan kepada diri sehinggalah kita kehilangan nikmat tersebut walaupun sementara.

Sebagai contohnya, jika tidak kerana kegelapan, nescaya nikmat cahaya tidak akan diketahui. Jika tidak kerana kesejukan maka nikmat kepanasan tidak akan diketahui. Jika tidak kerana lapar nescaya nikmat kelazatan ketika makan tidak akan diketahui. jika tidak kerana dahaga maka nikmat minum air ketika dahaga tidak akan diketahui. Jika TIDAK KERANA PENYAKIT, NESCAYA NIKMAT KESIHATAN YANG KITA HIRUP SELAMA INI TIDAK AKAN DIKETAHUI.

Sesungguhnya penyakit yang anda alami ibarat sebuku sabun yang datang untuk mencuci dan membersihkan kotoran yang terdapat di badan anda. Membersihkan dosa-dosa anda. Penyakit yang bersifat sementara akan pergi setelah selesai menjalankan tugasnya. Allah Yang Maha Berkuasa dan Dia menyediakan terlalu banyak nikmat kepada manusia supaya manusia dapat mengecapinya. oleh itu, Dia juga berhak untuk menurunkan pelbagai jenis penyakit sebagaimana Dia memberikan nikmat kesihatan dan kesembuhan kepada manusia.

Membaca risalah diatas sedikit sebanyak membuatkan rasa syukur atas sakit yang dianugerahkan..tapi susahnya utk merasa tenang dengan keredhaan yang jitu dan nyata. Perasaan sentiasa diganggu rasa terkilan dan bertanya-tanya kenapa dan mengapa... Astaghfirullah...

Ampunkan aku Ya Allah, dikala aku tidak bersyukur diatas nikmatmu yang sungguh luarbiasa banyaknya. Dikala aku persoalkan anugerahmu kepada ku, dikala aku alpa yang sebenarnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. Ampunkan aku Ya Allah...

Laila haillah anta subha nakainni kuntu minadzalimin....

Khusyu' dalam solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assamdan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.