Wednesday, September 30, 2009

The One with the Eid - Selamat Hari Raya 2009

Selamat hari raya to all muslims...

Happy Moments

1) Semua adik beradik manage to berkumpul rumah mak on 4th raya. Sister R balik on 3rd raya after spending raya with her inlaws in Ulu Tembeling, sister A balik 1st day raya selepas beraya kat Temerloh her in laws hometown as she is staying in Triang. Me, sister M and brother memang beraya rumah mak. So dah 2 tahun raya semua dapat jumpa.

2) 1st day Raya ramainya datang berziarah termasuk kunjungan dari my long silence sister J from Trengganu, surprise visit. Walaupun penat, berbaloi!

3) Alhamdulillah rezeki raya, dapat duit org bayar hutang (RM1000)!

4) Tahun ni tiada rajuk dari bonda!! Semua ok!!

Sad Moments

1) Family feud!!! dah berkumpul ramai macam2 ragam. 3rd day raya crisis sister A and sister M, sampai ada adengan hempas kerusi! 4th and 5th raya sister A pulak buat hal, semua orang tak ditegur..even Mak dia tak tegur.Tak tahu mana silap.Too sensitive.Sister M balik KL on 5th day raya, ingat dah lega habis satu kes, rupanya sambung kes lain with sister A pulak. All these crisis, Mak yang kesian. Sedih dia. Me being the eldest daughter, penat nak tenteramkan keadaan.Last-last buat do know je lah.

2) On 3rd raya, received news that sepupu mak kena stroke and died on the way to hospital. We called her Mak Besaq!! Al fatihah untuk keluaga mak besaq di Langgar, Kedah.

3) When I was calling everybody to convey the sad message, auntie Y mentioned that rumah dia kena masuk pencuri, her handbag, her husband's wallet all gone! We were at her house on 2nd day raya till evening..May be pencuri tu tahu org dalam rumah tu penat buat open house kot, berani masuk when the tenants ada.

4) Hubby supposed to come back on Friday, 6th day of raya. Tup-tup tak jadi, tiket burnt lah. Tension? Malas nak tension, suka hatilah.I proceed to celebrate raya with the rest of the family. Justice? Let Allah be the judge...

For me, raya was ok all in all, however terkilan dengan diri sendiri kerana meninggalkan byk ibadat sunat kerana beraya! Solat sunat rawatib tak buat, alasan panas!!! Looking back, rasanya that's why perjalanan raya tak smooth, family crisis, husband tak jadi balik, Allah tarikh kemudahan yang dianugerahkan dalam Ramadhan....

However Alhamdulillah, balik KL ni tengok hubby masih meneruskan solat sunat rawatibnya dan semuga berkekalan...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Permudahkan urusan ibadatku, rumahtanggaku dan rawatanku..Amin...

Thursday, September 17, 2009

The One with Ramadhan 2009

This year, I wellcome Ramadhan anxiously as my menses has just started one week before Ramadhan. Alhamdulillah, so far and today is the 26th Ramadhan, I am pain free. I have fasted with ease and thanks to Allah for the nikmat. My second menses came without me even noticing it, no significant pain and lasted 4 days (5-9 Sept). And up till now, I am pain free. Alhamdulillah, syukur...Previously I would have be in great pain 1 day before menses, during menses and 1 week after menses(during fertile period)...

Ramadhan this year show significant ease of day to day fasting and 'marriage chores' for me. Allah has answered my prayer. My constant prayer is for Allah to ease my 'marriage chores' and shower me with abundance patience to deal with my pain and my responsibility of being a wife...I feel at ease with my life at the moment and hope it will lasts for as long as I live. InsyaAllah

My regret is, up till today we did not manage to go for Iktiqaf , Qiam and Subuh prayer at any Masjid and time is runing out. However I do notice that hubby has religiously performed the sunat rawatib prayers. Alhamdulillah and hopefully it will constantly be perform even after Ramadhan. As for me, even though I cannot manage to finish reading the Quran, I do participate in tadarrus with colleagues which I did not do so during last year's Ramadhan. Although very tiny improvement, to me it is still an improvement. Alhamdulillah syukur..

Wishing all Muslims, Eid Mubarrak......

Friday, September 4, 2009

Marhaban Ya Ramadhan..

Tahun lepas, puasa menguji saya terutama bila sakit datang. Pada hari-hari yang saya sakit, saya akan Sahor dan terus mengambil painkiller yang sepatutnya tahan selama 12 jam. So dalam pukul 5-6 ptg sakit saya dah terasa sakit. Waktu berbuka saya akan makan sikit dan terus mengambil painkiller dan tidur dalam setengah jam, Hubby akan mengejutkan saya utk bangun solat maghrib. Saya akan makan selepas solat maghrib bergantung pada keadaan kesakitan saya dan selalunya saya akan solat Isyak dan Tarawikh dirumah bila kesakitan dah reda.

Itu tahun lepas, Alhamdulillah tahun ini, setakat ni saya berpuasa bebas dari sakit. Syukur Ya Allah...Saya harap, Ramadhan saya tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas.

Saya dapat article ini dari email dan ianya baik utk panduan umat Islam mengharungi Ramadhan dengan ibadah yang berkualiti dan teratur......

Jadual Harian Sorang Muslim di Bulan Ramadhan

 4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa : 

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

 4.20 pagi - Qiyammulail

1) Solat Sunat Taubat

 Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2) Solat Sunat Tahajjud

 Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

 3) Solat Sunat Hajat

 Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

 4) Solat Sunat Witir

 Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

 5.00 pagi - Makan Sahur

 Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

 5.30 pagi - Menunggu Subuh

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

 7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

 Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

 10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

 Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

 Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

 12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

 Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

 4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

 Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai  berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

 5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

 Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

 6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

 Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

 8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

 Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

 11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

 Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Friday, August 14, 2009

Pulang kepada Pencipta....


Ustaz Asri...pergi takkan kembali lagi...
Ustaz Asri...pergi takkan kembali lagi..."




Yasmin Ahmad....dalam kenangan...
Yasmin Ahmad....dalam kenangan...
First, it was Yasmin Ahmad, then nephew of a friend, and today Ustaz Asri from Rabbani. All have been called unexpectedly.Yasmin while doing her work at 50, the nephew while sleeping at 20 and Ustaz Asri while presenting at 40.

See the pattern? The Creator are now calling his servant back to him without any warning or what so ever. Kita yang masih hidup ni, bersedia kah? jika dipanggil pulang  esok, atau lusa atau bila-bila saat sahaja... Are we prepared? Apa bekalan untuk dibawa berjumpa yang Mencipta kita?
Semuga roh mereka dicucuri Rahmat...Amin

  Ya Allah, Ya Ghaffur, Ampunkanlah dos-dosa kami, Berikan keimanan dan kesihatan yang sempurna, Hati yang khusyu’,  dan Lidah yang sentiasa berzikir nama-Mu .

Ya Allah, Rezeki yang melimpah, halal lagi suci.  Ya Allah, Tenangkanlah kebimbanganku dan Berikanlah kesabaran pada kami, Kurniakanlah kami kebaikan di dunia ini, dan Kemenangan dengan mendapat ni’mat syurga dan Keselamatan dari api neraka, Serta peliharalah kami dari azab siksa kubur dan neraka. Amin Ya Rabbil Alamin.

Dia sudah datang..

Setelah 7 bulan bebas dari 'dia' , semalam dia datang kembali. Saya macam baru pertama kali menghadapi kedatangannya. Berdebar-debar menanti akibat dari kedatangan 'dia'. Alhamdulillah, so far so good. Hari ni boleh datang kerja, tak payah makan pain killler utk menghadapinya.

Risaunya cuma kerana kedatangannya sikit-sikit sahaja. Will see lah how it goes... Siapa or apa 'dia' tu? he he he My period!! I 'll be monitoring my period from now on. As advised my doctor, I need to go and see him after my second period. Should be lepas Raya lah..However the fertility treatment, would only commence after my second period if I am not selected to perform Hajj this year.

Apa-apa pun need to always ask guidance dari Allah.. He knows best.... I can only plan and He will show the path for me to take..InsyaAllah.I'll be updating and write more on my treatment from now on...

Tuesday, August 4, 2009

Sakit sudah datang...

After almost 7 months on Zoladex and free of pain, the 1st emergence of the pain came last saturday nite followed by last nite. Last nite was very painfull..

Tiba-tiba sedar dari tidur kesakitan yang amat..The worst was down the thigh and lower back. Not sure berapa lama, took the spray and spray at the pain area..dalam kesakitan tu mulut berzikir kuat-kuat and pray that Allah put me back to sleep so that I can't feel the pain...

I am sad, really sad.. Walau macamana pun kena bersangka baik dengan Allah...Ya Allah tabah kan hati ini menghadapi ujian mu..

Thursday, July 30, 2009

Airmata di pagi hari

Selepas solat Subuh dan bersalaman dan mencium tangan Hubby, airmata tergenang. Hubby yang perasan wajah isterinya mendung bertanya kenapa.Bila Hubby tanya lagi rasa terharu, so menitislah airmata. Kenapa?

Last nite I can feel the familiar pain again...Tapi last nite, tak mahu ganggu Hubby so just keep quite sampai tertidur. I need to be prepared to accept any fate yang akan di anugerahkan oleh Allah. Nak kena redho, kerana Dia maha mengetahui apa yg terbaik.

Nak kena pujuk hati ini...
Tika ini,  
 langkah terasa payah,  
nafas terasa lelah,  
hati teramat gelisah,  
menghadapi ujian yang Maha Esa..

Kalbuku,  
yakinlah pada janji ar-Rahim,  
kau tak pernah sendiri,  
tidak mungkin jua terasa sunyi,  
mustahil jua tandus tanpa cinta, 
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu... 

Nuraniku,  
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,  
teguhlah kau terus berdiri,  
kerna kau pasti mampu hadapinya,  
itu janji Tuhan yang Esa...

Penawar,  
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,  
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,  
berimanlah ini terbaik untukmu,  
segala tersurat sudah,  
kerana Dia Khalidmu,  
Maha mengetahui segala sesuatu,  
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....